Abu nawas
Abu Nawas adalah
seorang yang cerdik
dan mempunyai
pemikiran yang luas,
tetapi perwatakannya
sangat melucukan dan
menjadi bahan ketawa
kepada orang ramai
pada masa itu. Beliau
sangat disanjungi dan
disayangi oleh Khalifah
Harun Al-Rashid.
Pada suatu hari Abu
Nawas pergi ke pasar
untuk berjumpa
kawan-kawannya.
Keadaan pasar pada
pagi itu sibuk dengan
orang ramai yang
sedang membeli belah.
Apabila tiba sahaja di
pasar Abu Nawas
berkata "Hai kawan-
kawanku, aku sangat
benci kepada yang hak
dan sangat cinta
kepada fitnah" dan
beliau berkata lagi
"Aku sesungguhnya
pada hari ini sangat
kaya malah lebih kaya
daripada Allah". Orang
ramai yang mendengar
ucapan Abu Nawas
mulai rasa curiga dan
menuduh Abu Nawas
sudah tidak siuman
lagi karana semua
orang sangat mencintai
kepada perkara yang
hak dan membenci
kepada fitnah dan
sesungguhnya Allah
maha kaya dari
sekelian makhlukNya.
Orang ramai yang
berada disitu telah
menangkap Abu Nawas
dan membawanya
mengadap Khalifah
Harun Al-Rashid. Orang
ramai memberi tahu
Khalifah Harun Al-
Rashid tentang ucapan
Abu Nawas di pasar
tadi, Khalifah sangat
marah dengan kata-
kata Abu Nawas. Oleh
kerana Khalifah adalah
seorang pemerintah
yang adil, beginda
tidak terus
menghukum Abu
Nawas sehingga beliau
benar-benar pasti akan
kebenaran kata-kata
Abu Nawas. Khalifah
bertanya kepada Abu
Nawas "Adakah benar
kamu mengatakan
bahawa kamu sangat
membenci kepada yang
hak dan mencintai
kepada fitnah?". "Benar
wahai Amirul
Mukminin" jawab Abu
Nawas. Khalifah
bertanya lagi "Adakah
benar kamu
mengatakan bahawa
kamu lebih kaya
daripada Allah?". Jawab
Abu Nawas "Benar
wahai Amirul
Mukminin".
Khalifah Harun Al-
Rashid sangat marah
kepada Abu Nawas
kerana setahunya Abu
Nawas adalah seorang
yang alim dan sentiasa
bertakwa kepada Allah.
Khalifah berkata
"Apakah yang telah
terjadi kepada kamu?.
Telah kafirkah kamu
kerana sanggup
mengucapkan kata-
kata tersebut?". Abu
Nawas tersenyum dan
berkata "Sabarlah
wahai Amirul
Mukminin, dengarlah
dahulu penjelasan
hamba" "Apa yang
kamu hendak jelaskan
lagi, bukankah kata-
kata kamu sudah jelas
dan nyata" jawab
Khalifah. "Begini wahai
Amirul Mukminin"
jawab Abu Nawas dan
menyambungnya lagi
"Aku sering mendengar
orang membaca talkin
bahawa mati itu adalah
hak dan neraka adalah
hak, bukankah mati
dan neraka sangat
dibenci oleh orang
ramai" "Saya rasa
Amirul Mukminin juga
membenci akan mati
dan neraka sama
seperti saya
membencinya" kara
Abu Nawas. Khalifah
Harun Al-Rashid
mengangguk-
nganggukkan
kepalanya menandakan
kebenaran kata-kata
Abu Nawas.
"Bagaimana pula
dengan kata-kata mu
bahwa kamu sangat
mencintai kepada
fitnah" kata Khalifah.
Jawab Abu Nawas
"Anak dan Harta boleh
membawa kepada
fitnah, tidak ada
seorang pun yang
membenci akan anak
dan harta. Khalifah
sendiri sangat
mencintai anak dan
suka mengumpulkan
harta". Khalifah sekali
menganggukkan
kepalanya sebagai
menandakan
kebenaran kata-kata
Abu Nawas.
Khalifah Harun Al-Rahid
bertanya lagi
"Terangkan kepada ku
bagimana kamu
mengatakan bahawa
kamu lebih kaya
daripada Allah". Abu
Nawas menjawab
dengan selamba "Saya
mempunyai ramai anak
sedangkan Allah tidak
beranak dan tidak
diperanakkan". Orang
ramai yang berada
disitu berasa lega dan
berpuas hati diatas
penjelasan Abu Nawas.
Mereka pun beredar
dari situ untuk
meneruskan aktiviti
masing-masing.
Khalifah Harun Al-
Rashid memberikah
hadiah kepada Abu
Nawas diatas
kebijaksanaannya dan
berkata berkata kepada
Abu Nawas "Apakah
sebenarnya yang
menyebabkan kamu
mengucapkan kata-
kata tersebut di
khalayak ramai". Abu
Nawas menjawab
bahwa dia ingin
berjumpa dengan
Amirul Mukminin,
hanya dengan cara itu
sahajalah dia dapat
berjumpa dengan
Amirul Mukmini.
Setelah berbual-bual
dengan Khalifah Harun
Al-Rashid, Abu Nawas
memohon diri dan
beredar dari situ.
0 Response to "Abu nawas"
Post a Comment
SILAHKAN BERI KOMENTAR DAN SARAN ANDA. Jangan malu-malu