berkat membaca bismillah
Ada seorang
perempuan tua yang
taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang
fasik dan tidak mahu
mengerjakan
kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa
membaca Bismillah
setiap kali hendak
bercakap dan setiap
kali hendak
memulakan sesuatu
sentiasa didahului
dengan Bismillah.
Suaminya tidak suka
dengan sikap isterinya
dan sentiasa
memperolok-olokkan
isterinya.
Suaminya berkata
sambil mengejak,
"Asyik Bismillah,
Bismillah. Sekejap-
sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata
apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya
memberikan hidayah
kepada suaminya.
Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari
nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat
sesuatu yang
memeranjatkan
isterinya, dia
memberikan wang
yang banyak kepada
isterinya dengan
berkata, "Simpan duit
ini." Isterinya
mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat
yang selamat, di
samping itu suaminya
telah melihat tempat
yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian
dengan senyap-senyap
suaminya itu
mengambil duit
tersebut dan
mencampakkan beg
duit ke dalam perigi di
belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari
kemudian suaminya itu
memanggil isterinya
dan berkata, "Berikan
padaku wang yang aku
berikan kepada engkau
dahulu untuk
disimpan."
Kemudian isterinya
pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu
dan diikuti oleh
suaminya dengan
berhati-hati dia
menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan
membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk
mengembalikan beg
duit dan menyerahkan
duit itu kepada
suaminya kembali.
Alangkah terperanjat
suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku
segala perbuatannya
kepada isterinya,
ketika itu juga dia
bertaubat dan mula
mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga
membaca Bismillah
apabila dia hendak
memulakan sesuatu
0 Response to "berkat membaca bismillah"
Post a Comment
SILAHKAN BERI KOMENTAR DAN SARAN ANDA. Jangan malu-malu